CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 December 2011

Ape dah jadi-lah ni...

Assalammualaikum...

Ok..I faham..blog ini dah berhabuk-habuk kan..huhu

Many things happens in a few month but now everything under control..cewah! Cakap nak style public figure pulak kan..hahaha..nevermind.

Everything happen with a reason..

Dalam bahasa...semua yang berlaku ada sebab. Ya, ada sebab. Allah tidak akan menjadikan sesuatu yang sia-sia. DIA lebih tahu ape yang terbaik untuk kita. (Sounds little bit Islamic, right?)

Allah tahu kemampuan kita dan DIA tidak akan menduga kita di luar kemampuan kita. Apa yang penting jangan sesekali mengeluh dengan segala ujian yang datang dalam hidup kita.

Ini bukan nasihat atau nak mengajar kalian semua tapi sebagai peringatan pada diri sendiri. Tak salah kita saling ingat-mengingatkan.

Don't judge a book by its cover..

Dalam bahasa..jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja ye kawan-kawan.

Kadang-kadang bila kita tengok appearance seseorang tu macam jahat je kan..
tapi sebenarnya orang tu hatinya sangat baik. Orang sekeliling mengata orang tu bukan-bukan tapi bila kita betul-betul kenal dia,dia tak seperti yang orang sekeliling sangka. Haa...itu dah fitnah namanya..plus menjatuhkan air muka orang yang tak bersalah..kan tak baik namanya tu..

Senang cerita jangan buruk sangka dengan orang, walau pun orang tu nampak jahat..tak salah kita sentiasa bersangka baik.

Ini peringatan untuk diri sendiri yang selalu khilaf tentang perkara-perkara yang remeh ni.

Kadang-kadang benda-benda yang senang dan ringan ni lah yang kita tak sedar kita dah banyak kumpul dosa. Bila kita muhasabah diri, terasa sangat banyaknya dosa kita pada orang di sekeliling kita.

Dari hati yang tulus ikhlas..saya minta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini, samada secara sengaja atau tidak sengaja sekiranya ada menyinggung perasaan kalian. Maaf yer..

~Beserdahana itu lebih baik~

Selamat malam. =)




No comments: