CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 February 2011

TBS Again!

Assalammualaikum....

Huhu..agak lama aku tak update blog ni. Anyway, as my promise, i will continue my entry about TBS a.k.a Terminal Bersepadu Selatan.

Pengenalan ringkas mengikut pemahaman aku;
  • menyediakan perkhidmatan bas bagi destinasi ke selatan tanah air.
  • lokasi terminal di Bandar Tasik Selatan
  • menggabungkan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Express Rail Link (ERL) dan KTM Komuter
  • menghubungkan dua lebuhraya iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) dan Besraya
Untuk pengetahuan kalian, aku sangat menyokong TBS ni. Dua sebab utama;

Dapat elak dari ulat-ulat tiket
Dekat TBS, semua tiket dijual di kaunter khas di mana para penumpang akan mendapatkan tiket dari syarikat bas pilihan di kaunter yang sama. Hehe...

Dapat mengenalpasti penumpang
Saya sangat suka bila setiap penumpang perlu mengemukakan pengenalan diri. Mykad bagi warganegara dan passport bagi penduduk asing. Hehehehe...

Kesinambungan bagi sebab di atas; (ececeh...sedap bahasaku)

Bila tiada ulat-ulat tiket ni, penumpang tidak lagi tertipu oleh mereka. Seperti yang berlaku baru-baru ni di Bukit Jalil, kebanyakan syarikat bas menjual tiket bagi bas tambahan dengan harga yang tinggi dan jaminan bas berkenaan selamat tetapi bas yang disediakan adalah sebuah bas sekolah dan tiada jaminan keselamatan sebab kena tahan JPJ.

Apabila identiti penumpang dapat dikenalpasti jika berlaku kemalangan , pihak berkuasa lebih mudah untuk mengenal pasti mangsa.

Selain itu, kebanjiran pendatang tanpa izin dapat dikenalpasti dan dapat dikurangkan.

Tetapi;

Aku sangat percaya syarikat bas akan merasakan kerugian kerana mereka tidak dapat meraih untung dari 'duit tepi' bila diaorang kena pindah TBS.

Berdasarkan dari perbualan seorang operator bas, ada sesetangah syarikat bas akan beroperasi di Hentian Puduraya semula pada akhir Mac ini. Nampak sangat syarikat bas yang dia kerja tu tak nak pindah dekat TBS tu. Mana tak nya, dia nak jual tiket kat aku RM 50, padahal pergi JB baru RM32.

Kesimpulannya;

Kemajuan negara tidak akan tercapai sepenuhnya apabila ada segelintir masyarakat yang tidak menyokong usaha kerajaan bagi kepentingan diri sendiri.

Entri ini sebenarnya serba sedikit tentang ketidakpuasan hati aku.
Yang pasti tiada apa yang aku boleh buat selain tunggu dan lihat.
So, bagi berakal fikir-fikirkanlah. =)

Thats all guys.
Bye.



No comments: